Unlimited WordPress themes, graphics, videos & courses! Unlimited asset downloads! From $16.50/m
Advertisement
  1. Web Design
  2. UX
Webdesign

Petua Ringkas: Kapan Menggunakan Kaji Selidik Pelanggan

by
Difficulty:BeginnerLength:ShortLanguages:

Malay (Melayu) translation by Muhammad Nabil (you can also view the original English article)

Kaji selidik adalah cara yang baik untuk mengumpul pendapat, tetapi jarang sekali metodologi yang baik untuk memahami kelakuan. Kaji selidik berguna apabila anda memerlukan jawapan berangka kepada soalan tertentu yang diteliti dengan baik dari kumpulan orang yang jelas. Jangan gunakan kaji selidik jika anda memerlukan jawapan yang panjang dan terperinci. Sebaliknya, gunakan kaedah penyelidikan kualitatif.

Mengapa Penyelidikan?

Apabila menjalankan research atau penyelidikan pengguna anda, anda harus mensasarkan untuk merekabentuk sesuatu yang berfungsi, bukan sesuatu yang orang lebih suka. Jika anda merancang produk yang menjadi perhatian utama anda ialah memastikan orang-orang tahu apa yang perlu mereka lakukan dan boleh melakukannya dengan mudah. Anda sedang mencari pengalaman produk yang cekap, berkesan dan memuaskan pengguna.

Oleh itu, penyelidikan sebagai asas reka bentuk produk adalah penting, untuk memastikan apa sahaja yang anda reka bentuk memenuhi semua itu. Selain itu, jenis penyelidikan yang tepat itu penting untuk mendapatkan hasil yang berkesan.

Siasatan Kontekstual

Siasatan kontekstual (contextual inquiry) adalah tentang mendapatkan konteks. Masuk ke persekitaran pengguna sasaran anda, mengambil foto dan menjadi "perantis". Meminta soalan kepada mereka. "Bagaimana anda melakukan tugas anda" dan sebagainya atau masalah reka bentuk apa pun yang anda cuba selesaikan.

Wawancara

Wawancara yang baik adalah untuk mengumpul pandangan kualitatif. Anda boleh meminta kepaad pengguna utama anda mengenai motivasi, masalah perniagaan atau syarikat dan mengumpul maklumat demografi. Anda perlu mendapatkan saiz sampel sekitar empat orang untuk mendapatkan pandangan yang lebih baik mengenai masalah biasa atau corak lain yang berlaku.

survey
Pengguna sebenar, sebenarnya sedang ditinjau. Kemungkinan.

Kelemahan Siasatan Kontekstual

Walaupun siasatan kontekstual adalah kaedah penyelidikan pengguna yang jadi pilihan, namun bukanlah bukti yang tidak bijak. Kajian Hawthorne menunjukkan bahawa apabila orang diperhatikan mereka boleh berperilaku berbeza daripada yang mereka biasanya. Sebagai contoh, sekumpulan penyelidik ingin melihat apakah lampu dimalapkan mempunyai kesan terhadap produktiviti. Hasilnya berbeza-beza. Pada mulanya, mereka percaya hasilnya secara langsung berkaitan dengan lampu, tetapi selepas diperhatikan sebenarnya itu masalah perubahan tingkah laku!

Cara terbaik untuk menangani kesan pemerhati adalah seperti berikut:

  • Luangkan masa dengan peserta anda. Aktiviti ini mungkin mengambil masa 30 minit, 2 jam atau sehari tetapi akhirnya peserta anda akan berkelakuan secara sah.
  • Sampel pelbagai peserta. Anda mungkin mendapat satu atau dua peserta yang terjejas oleh kehadiran anda tetapi tidak mungkin hal itu akan menjejaskan keseluruhan sampel anda.
  • Buat peserta melakukan tugas yang sebenar. Apabila orang melakukan perkara-perkara yang mereka lakukan setiap hari, mereka tidak boleh tidak untuk melakukannya secara autentik. Sebagai contoh, cuba memakai baju atau berpakaian dengan cara yang berbeza dengan cara anda biasanya melakukannya. Itu hal yang sukar!

Patutkah saya Menggunakan Kaji Selidik Pelanggan di Semua?

Dalam pengalaman saya, kaji selidik boleh menjadi cara yang baik untuk menambah penyelidikan atau research anda. Sebagai contoh, saya menggunakan kaji selidik System Usability Scale untuk mengukur kepuasan pelanggan setelah mereka berinteraksi dengan sistem yang saya uji. Ini adalah satu siri soalan berdasarkan pendapat subjektif, tetapi kerana anda mengukur kepuasan (ukuran subjektif), ada baik di sini.

Kesimpulannya

Bermula dalam proses reka bentuk, apabila anda berfikir "apa yang perlu saya bina?" Itu bukan idea yang baik untuk mendapatkan data sikap melalui kaji selidik. Semua itu tidak akan membantu anda mendapatkan apa yang diperlukan oleh pengguna.

Kaedah penyelidikan pengguna menawarkan pandangan yang lebih mendalam. Mengamati pengguna dalam konteks adalah cara terbaik untuk mendapatkan pandangan yang kaya tentang keperluan pengguna.

Advertisement
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Looking for something to help kick start your next project?
Envato Market has a range of items for sale to help get you started.